Al kisah pada bulan Mac yang lalu....gua n family telah membuat perancangan untuk bercuti-cuti malaysia sempena cuti sekolah. Disebabkan 2 orang anak gua telah pun memasuki alam asrama so sekali sekala diorg ni balik kene la entertain lebih sikit. Memandangkan bajet pun kurang so kitaorg pun decide untuk bercuti ke pulau pangkor je.
Sebenarnya gua n family bukan tak pernah pergi trip seperti ni....cuma kali ni gua nak rasa percutian yang lebih selesa bersama family memandangkan sume dah beso-beso belaka (x yah la nak berdokong n berpimpin tangan lagi...hahahaha). Pada trip kali ini gua telah membawa retis jemputan untuk bersama-sama memeriahkan lg trip kitaorg ni iaitu...........ayah dan bonda gua (ayah gua retis gak tau....)
Ok la...gua nak citer pasal trip ini mengikut citarasa gua sendiri...tak payah la nak susun itinerari yang peningkan pale gua. Tapi untuk pengetahuan korang....gua mmg particular tentang masa. So gua dengan sendirinya telah memikirkan planning time and schedule trip gua sendiri dalam pale jer.....then bermulalah trip gua untuk kali ini.
D Day
Klau nak citer tentang cuti ni............sume orang excited dan termasuklah my parents sekali. Sehari sebelum nak start trip ini....gua dah pickup diorg awal untuk bermalam kat rumah gua sbb memudah perancangan perjalanan. Seronok diorg..siap packing baju 3 hari sebelum bergerak...mungkin dah lama tak pergi bercuti. So kitaorg pagi2 lagi dah bangun dalam kul 6 bagi melancarkan perjalanan dan mengikut masa seperti yang dirancang.
Perjalanan kitaorg dari subang ikut highway utara selatan dan exit tol bidor mengambil masa dalam 3 jam 45 minit....tertakluk gaya pemanduan korang sendiri la...so kitaorg sampai di Jeti Lumut (Jeti Marina Island pun bleh gak) iaitu starting point untuk ke pulau pangkor pada jam 1030.....agak lewat sikit sbb banyak berenti untuk urusan kemanusian. Kitorg sampai je terus cari parking kereta kat tempat parking bertingkat yang telah disediakan...memang selesa tempat parking besar dan bertingkat tp yang paling penting adalah safety sbb de guard 24 jam dan berpagar automatik...
Terminal Jeti Lumut yang menarik dan selesa. |
Permandangan menarik di atas feri |
peace yooooo |
Harga tiket Feri dari Jeti Lumut telah dinaikkan ke RM14.00/person mungkin sebab perjalanan ke pulau pangkor yang agak jauh ckit berbanding dengan jarak perjalanan dari jeti Marina Island yang hanya mengambil masa sekitar 10 minit perjalanan saje.
Sampai di Jeti Pulau Pangkor sekitar jam 1130 pagi kitaorg terus ke food court bersebelahan dengan terminal jeti untuk lunch time. Harga di kedai makan kt sini gua rasa ok la masih relevan lagi untuk 7 orang makan. (lupa dah nama kedai tu..tp kedai pertama di food court dari jalan utama ke terminal jeti). Lepas lunch kitaorg terus sewa teksi (van yang warna PINK....eeeiiiii) untuk ke tempat penginapan.
sewa utk satu perjalanan adalah rm18 dan kalau nak pusing-pusing pulau rm80 |
Ada mini swimming pool untuk budak2...tp klau mak bapak budak nak mandi pun boleh gak... |
Gua amik 2 bilik chalet dengan harga yang tak boleh nak tolak lagi...terbaeekkkk |
Gambar Pangkor Island Chalet dari depan.bersebelahan dengan kedai jual baju |
Lepas check in bilik....kitorg lepak-lepak jap dalam bilik untuk hilangkan penat dan ngantuk. Anak gua sibuk dah tergedik-gedik nak pi berenang bila tgk pantai yang terbentang luas sambil desiran ombak memukul pantai...cewahhhh. So gua telah amik pakej untuk island hoping + snorkeling di pulau giam dengan harga rm70/bot. So pe lagiiiii....jom naik bot
Seronok mak dan ayah gua......posing sakan |
Hahahahaha...cer tgk bapa gua tu.....layannnnn |
main ngan timun laut.... |
Gua amik pakej island hoping + snorkeling ni agak lewat petang so mamat boat yang bawa kitorg ni kata air tak bape cantik sangat sbb air nak pasang dan mula nak keruh. So suggestion gua utk korang nnt...kalau nak snorkeling pi la awal pagi ckit.
Lepas penat bersnorkeling kitaorg balik dengan bot yang sama. Sampai bilik..anak plak ajak p mandi kolam kt depan chalet td...ermmm layan je la...perut dah lapaq ni....So setel dah aktiviti untuk petang ni...tunggu malam utnuk dinner kt tepi pantai. Harga untuk makan malam kitaorg agak mahal ckit mungkin harga dalam pulau...ermmmm biasa la tu.
Dah penat seharian main air sume cari port untuk merehatkan badan. Aircond bilik punyer la sejuk...tak lena tido gua |
untuk hari kedua lagi byk aktiviti so tunggu next entri gua citer eak....penat menaip.
Day 2
Malam tadi tak bape nak lena tido gua....sebab aircond bilik sejuk sangat walaupun dah setting suhu bagi tinggi. Kitorg siap2 utnuk pegi breakfast kt tepi pantai...jalan kaki jer beberapa minit dah sampai. Harga masyaa Allah mahalnye.....mcm mkn dinner plak tapi makanannya tak memenuhi selera gua ermmmm....biasa la org niaga sape yang nak rugi. So lepas breakfast, anak gua yang kecik tu agak pi mandi air laut...gua pun bertukar ke pakaian mandi semula.
Errrmmmm......tapi licin gak |
Kitorg check out bilik awal dari perancangan kerana setelah persetujuan daripada ahli2 meja bulat kitorg decide nak pusing-pusing pulau sambil bershoping. So kitorg checkout jam 1030 dan terus amik teksi yang telah sedia menunggu di depan chalet (tapi sebenarnya kene call dulu teksi ni). Gua deal ngan brader teksi untuk amik pakej pusing-pusing pulau dengan harga RM80....ok la tu kan. So bermula la penjelajahan kitorg sekeluarga. Beberapa tempat yang menarik telah dibawa oleh brader teksi ni dan yang paling best kitorg sempat pi tengok satu-satunya kilang orang melayu yang buat perusahaan ikan kering (sori la gambar tak sempat nak update)....ikan-ikan kering kat kilang ni tak perlu dijemur kat luar tetapi proses pengeringannya dibuat dalam oven khas yang berkuasa solar....wahhhh hebatnyeeeee.
siannye mamat kt belakang tu... |
sempat solat tahayatul masjid kt Masjid Al Qard (masjid seribu selawat) |
Kitaorg terus ke Terminal Jeti untuk keluar dari pulau...perghhh punye la ramai umat manusia tengah beratur...lepas puas beratur dan menunggu feri akhirnya dapat gak naik feri untuk keluar dari pulau pangkor...sampai di Terminal Jeti Lumut pada jam 1430 perut sume dah berkeroncong...nasib baik de food court area terminal ni....makan dulu..
amik gambar dulu untuk kenangan |
perut tengah lapar sempat lg berposing |
berposing lagiiii |
Alhamdulillah.....trip percutian yang menarik gua sekeluarga...pe pun percutian ni banyak bergantung pada nasib...kalau cuaca baik ok la...tapi klau tetiba cuaca hujan plak...ermmm nasib korang la. So semoga perkongsian ini dapat membukakan minda korang untuk pergi bercuti bersama keluarga...hilangkan stress berkerja.....luas mata memandang luas pengalaman...tunggu entri gua lg klau berkesempatan. ok babai ariosss. Wassalam.
No comments:
Post a Comment